Nur Baraqah Kinta Perak

Nur Baraqah Kinta Perak

Monday 18 June 2012

Pendidikan Insurans


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


       Mentaliti masyarakat Malaysia kini terlalu mengambil mudah tentang kepentingan insurans. Menurut kajian, hanya 25% sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan insurans bagi diri, keluarga dan harta benda. Hal ini kerana kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan insurans masih ditahap yang rendah.   

       Ada yang memikirkan bahawa insurans hanyalah satu perkara yang sia -sia, membazirkan wang serta tiada manfaat. Namun begitu, adakah kita tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan? Pelbagai usaha telah kerajaan jalankan. 

      Sebagai contoh, kerajaan meletakkan syarat bahawa setiap kenderaan motor yang mahu memperbaharui cukai jalan diwajibkan mengambil insurans motor. Pencegahan hanyalah satu langkah perlindungan awal, selebihnya biarlah pihak insurans menanggung kerugian yang kita alami.

No comments:

Post a Comment